SEKOLAH UGAMA LAMBAK KANAN JALAN 49 INI TERLETAK DI KAMPONG PERPINDAHAN PERUMAHAN NEGARA LAMBAK KANAN JALAN 49. NAMA SEKOLAH INI JUGA MENGAMBIL SEMPENA TERBINANYA DI KAWASAN PERUMAHAN INI.
SEKOLAH UGAMA SESI PETANG INI MULA DIBUKA PADA HARI ISNIN, 14HB JANUARI 2008M BERSAMAAN DENGAN 5 MUHARAM 1429H DENGAN MENGGUNAKAN ATAU KONGSISAMA BANGUNAN SEKOLAH RENDAH LAMBAK KANAN JALAN 49 YANG MULA BEROPERASI PADA 10 MUHARAM 1427H BERSAMAAN 08 FEBRUARI 2006 IAITU PADA HARI KHAMIS.
PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID-MURID BARU PERSEKOLAHAN UGAMA INI MULA BEROPERASI PADA 14HB JANUARI 2008M BERSAMAAN 5 MUHARAM 1429H. JUMLAH TENAGA PENGAJAR PADA WAKTU ITU ADALAH SERAMAI 13 ORANG TERMASUK GURU BESAR DENGAN KERAMAIAN MURID BERJUMLAH 429 ORANG.
PADA SESI PEMBUKAAN SEKOLAH TERSEBUT, HANYA DIBUKAKAN BAGI DARJAH PRA HINGGA 4 SAHAJA. MANAKALA MURID-MURID YANG BELAJAR DI SEKOLAH UGAMA INI HANYA DIBENARKAN BAGI MURID-MURID YANG BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH LAMBAK KANAN JALAN 49 SAHAJA. KEBANYAKKAN MURID-MURID YANG BERPINDAH KE SEKOLAH UGAMA INI BERASAL DARI SEKOLAH UGAMA DATO BASIR DAN SEKOLAH UGAMA LAMBAK KANAN.
GURU YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEMBUKA PERSEKOLAHAN UGAMA INI IALAH CIKGU ABDUL RAHIM BIN HAJI BASAR DAN DIBANTU OLEH 2 ORANG GURU KANAN IAITU GURU KANAN PENTADBIRAN, CIKGU HAJAH ROSMAH BINTI HAJI HIDOP DAN GURU KANAN AKADEMIK, CIKGU PG ERMAYANTI BINTI PG HAJI METALI. DISAMPING ITU JUGA, PIHAK SEKOLAH MELANTIK KETUA DISIPLIN IAITU CIKGU KHAIRUL HAKIMIN BIN HAJI ABU BAKAR DAN PENOLONG GURU DISIPLIN IAITU CIKGU MASHALIZA BINTI HJ ABD KARIM. SETAKAT INI JUMLAH MURID YANG BERSEKOLAH DI SEKOLAH INI BERTAMBAH DARI SETAHUN KE SETAHUN.