Tuesday 1 July 2014

AKTIVITI SEBELUM RAMADHAN


 Murid -murid asyik dan mengambil perhatian sepenuhnya semasa Ceramah di jalankan.
Apabila Anak Bulan Ramadhan TIDAK sabit kelihatan pada hari Jumaat 27-6-2014 maka Seluruh rakyat di  Negara Brunei Darussalam bermula Puasa pada Hari Ahad 29-6-2014.

Oleh itu Sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam seperti biasa di adakan pada Hari Sabtu sebelum menjelang Ramadhan dan ia adalah hari terakhir persekolahan Ugama bagi Darjah Pra, 1,2 dan 3 kerana di beri CUTI KHAS sempena bulan Ramadhan. Manakala bagi darjah 4 Sekolah seperti biasa dan akan bermula pada pukul 12.30 hingga 2 petang.

Pada 28-6-2014 Hari Sabtu sesi Awal itu, Sulkj49 mengadakan CERAMAH KHAS SEMPENA BULAN RAMADHAN yang disampaikan oleh Ustaz Hj Fadillah Bin Mus dari Negara Rimba. Tajuk berkaitan dengan Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan, Adab-Adab berpuasa, Perkara Yang di Larang dan Sembahyang Terawih..

"RAMADHAN AL- MUBARAK "



SESI AKHIR:-
 Diketuai oleh yang mulia Mohammad Hafizuddin Bin Saidin


Pada sesi akhir pula, Selepas Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah Sulkj49 mengadakan Aktiviti Latihan Khatam Al-QURAN yang akan di Sambut In Syaa Allah pada 17hb Julai 2014. Semua Murid -murid membaca Ayat-ayat Lazim dari Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas beramai - ramai yang di pimpin oleh Murid Cemerlang dari darjah 3 Tha iaitu Mohammad Hafizuddin Bin Saidin. Manakala Doa Khatam di bacakan oleh Cikgu Ahmad Nabil Bin Hj Yahya beserta Doa Selepas Membaca Al-Quran.

"RAMADHAN KARIM"

No comments:

Post a Comment