Tuesday 15 July 2014

TITAH BERKENAN ' MUNAJAT SENEGARA '

 Pada 14 Julai 2014 Isnin, Kebawah Duli Baginda Sultan Brunei bertitah berkenan mengadakan Solat Berjemaah dan Membaca Yassin serta Berdoa dan Munajat Kepada Allah Subhanahu WaTaala memohon agar Rakyat Palestin Di Gaza di selamatkan, di pelihara serta mendapat pertolongan daripada Allah Taala.
 Acara itu di adakan di Seluruh Masjid-Masjid Utama seperti Masjid Jame Asri Hassanal Bolkiah dan sebagainya.Bermula pukul 12 tengahari, Turut hadir Murid-murid Sekolah- Sekolah Menangah, Badan- badan Kerajaan,  Swasta serta persendirian.
 Acara dimulakan serentak di kesemua Masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam dengan membaca Yassin, Kemudian Solat Zohor berjemaah selepas itu Solat Hajat Berjemaah berserta dengan Doa nya.
 Hari yang penuh berkat ini alhamdulillah mendapat sambutan daripada orang ramai dan penduduk di Negara ini sehinggakan ada orang ramai yang solat hingga diluar Masjid. Perkumpulan ini tidak pernah sekali terjadi walaupun Solat Jumaat dan Solat Hari Raya..
 Mudah-mudahan niat baik Kebawah Duli serta Rakyat yang inginkan pertolongan daripada Allah Taala membantu Rakyat Palestin dan Tentera Hamas di Gaza dan mereka dapat mengalahkan serta mengusir musuh-musuh Islam. Aamiin..
 Alhamdulillah Syukur " Doa adalah Senjata Umat ISLAM " yang tidak pernah Ampuh dan yang tidak ada kepada orang kafir.
Kesatuan dan kerjasama Umat ISLAM menjadikan ISLAM itu semakin kuat.

No comments:

Post a Comment