Friday 18 July 2014

KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM

 17HB JULAI 2014 Khamis, Seperti yang dirancang di tahun tahun lepas Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Diselajurkan Penyampaian Derma Anak Anak Yatim setiap tahun. Bertujuan untuk membantu dan memeringankan lagi kesusahan anak- anak yatim supaya mereka dapat hidup seperti orang biasa demi mencapai keredhaan Allah Taala.
 Majlis tersebut bermula pukul 1 petang hingga selesai setelah selesai mengarjakan Solat Zohor berjemaah di Surau SULKJ49..Turut hadir ke Majlis tersebut Guru Besar,Guru guru dan Murid - murid serta Ibubapa / Penjaga kepada Anak yatim.

 Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-fatihah oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Mus diikuti dengan bacaan Surah dari AD-Dhuha hingga An-Nas serta Bacaan Tahtim beramai-ramai.Manakala Bacaan Doa Khatam Al-Quran dibacakan Oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Mus.
 Selepas acara Khatam Al-Quran selesai acara Penyamapaian Derma Anak Yatim dilangsungkan. Seramai 6 orang anak yatim yang diraikan pada petang tersebut Iaitu 4 Lelaki dan 2 Perempuan. Masing-masing mendapat Sebiji Hampers berupa makanan dan Wang Ringgit. Penyampaian Derma itu disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 iaitu Cikgu Dtg Norlinah Bte Hj Abd Lamin..Majlis itu diserikan dengan pembahagian bunga telur..

“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa…”. (Q.S. Al An’aam, 6:152)

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”. (Q.S. An Nisaa’, 4:10)
Rosululloh saw. bersabda, “Aku dan penjaga anak yatim akan berada di dalam Jannah yang berdekatan seperti dekatnya jari tengah dan jari telunjuk.”
Rosululloh saw. mengisyaratkan bahwa jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk, maksudnya adalah karena kenabian, kedudukan beliau saw. lebih tinggi dari orang lain, tetapi ‘penjaga’ anak yatim dan penjaga harta mereka akan berada berdekatan dengan beliau saw.

Rosululloh saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadits ini Rosululloh saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.

No comments:

Post a Comment