Tuesday 15 July 2014

KHATAM AL-QURAN BAGI GURU-GURU KAWASAN BRUNEI II A

 12 Julai 2014 Sabtu, Sempena Bulan Yang Mulia ini Semua guru-guru besar, Pegawai-pegawai dan guru-guru kawasan Brunei II 'A' juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Serusop pukul 2 petang hingga selesai.
 Acara diserikan dengan Dikir Marhaban, Tahtim serta bunga telur. Setiap Sekolah menyediakan bunga telur untuk memeriahkan lagi acara tersebut.
 Setiap Sekolah Ugama Kawasan Brunei II A ini membahagikan beberapa Juzuk Al-Quran untuk dibaca oleh guru-guru.
 Ahli Jawatan Kuasa Majlis Khatam Quran ini terdiri daripada Guru-guru besar.
 Semoga Allah membalas dan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda kepada pembaca Al-Quran terutama sekali dibulan yang mulia ini Aamiin..

No comments:

Post a Comment