Thursday 24 November 2011

Perlawanan Futsal Persahabatan antara SULKJ49 dengan Sekolah Ugama Dato Mohammad Yasin, Mentiri.


Rabu,23hb November 2011M, SULKJ49 mengadakan perlawanan persahabatan bersama Sekolah Ugama Dato Mohammad Yasin, Mentiri yang bertempat di Gelanggang Futsal SU Dato Mohammad Yasin, Mentiri.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan pelawat kalah 3-1 keatas pasukan yang berada digelanggang sendiri.

Antara tujuan utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah kerana untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid-murid SULKJ49 dan SU Dato Mohammad Yasin, Mentiri.

Tuesday 22 November 2011

Majis Penyampaian Hadiah Murid-murid Cemerlang dan Terbaik 2011

Isnin, 21hb November 2011M, sekolah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Murid-murid Cemerlang dan Terbaik bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49.

Majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun.

(Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Hj Fadilah Bin Hj Mus)

(Majlis diteruskan dengan ucapan dari guru besar SULKJ49, Cikgu Bukhari@Hidzam bin Hashim)

(Salah seorang dari penerima hadiah murid-murid terbaik dan cemerlang)

(Persembahan nasyid berupa Doa sebelum membaca Al-Quran)

(Persembahan dari Gabungan darjah 2)

(Salah seorang penerima murid cemerlang keseluruhan bagi darjah 3)
(Penerima Hadiah pengurus terbaik semasa pertandingan futsal yang lalu)
(Persembahan berupa pentomen lakonan yang dipersembahkan oleh gabungan murid-murid SULKJ49 yang berkisar mengenai bahaya dadah)

(Penerima Hadiah bagi Kelas kemas dan bersih)

Lawatan Ke Pusat Kesenian Dan Pertukangan Tangan Brunei


Khamis, 17hb November 2011, Guru-guru SU Lambak Kanan Jalan 49 melawat ke Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei yang bertempat di Kota Batu, Bandar Seri Begawan.

Disana guru-guru dapat melihat hasil dan cara pembuatan dari pertukangan tangan anak-anak Brunei sendiri seperti pembuatan Songkok, Kain songket dan sinjang, pertukangan besi, tembaga dan juga cara pembuatan Keris.

Kesenian dan Pertukangan tangan Brunei ini sudah sememangnya adat dan tradisi orang-orang Brunei dahulu kala dan diharap semoga ianya tidak pupus ditelan zaman.

Sukan Ria 2011

Isnin, 14hb November 2011, sekolah mengadakan Sukan Ria SU Lambak Kanan Jalan 49 untuk murid-murid bersempena mengisi aktiviti akhir tahun sekolah.

Bermacam-macam jenis aktiviti sukan di adakan mengikut darjah dan level masing-masing.

Antara tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama murid-murid dan memupuk semangat kesukanan murid-murid.

Majulah sukan untuk negara!

Pertandingan Futsal Antara Darjah-darjah

Sabtu, 12hb November 2011, sekolah mengadakan pertandingan futsal antara darjah-darjah mengikut level masing-masing.

Antara tujuan Pertandingan Futsal ini diadakan adalah untuk mengerat hubungan Silaturrahim sesama murid-murid disamping memupuk semangat kesukanan murid-murid.

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid Akhir Tahun 2011M/1432H

Khamis,17hb November 2011M, bertempat di Dewan SR Lambak Kanan Jalan 49 telah diadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid-Murid SU Lambak Kanan Jalan 49 hasil dari peperiksaan akhir tahun 2011M/1432H.

Dimajlis tersebut, ibu bapa dan penjaga murid dapat mengetahui hasil keputusan anak-anak mereka selain itu guru-guru memberi komen-komen kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka sepanjang persekolahan akhir tahun.

Saturday 5 November 2011

PROGRAM AMALI AGAMA SEHARI SUNTUK


Tarikh: 05/11/2011
Tajuk Program: Doa Qunut dan Doa Selepas Berwhudu'.

Aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun 2011, sekolah terus mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan November ini bagi murid-murid SU Lambak Kanan Jalan 49. Antaranya ialah Program Amali Agama Sehari Suntuk, tajuk program ialah menghalusi dan menghafaz Doa Qunut dan Doa Selepas Berwhudu'. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghalusi bacaan murid-murid agar sempurna dari segi fasahah dan sebutan dan menjaga kesempurnaan dalam beribadah kepada Allah.

Sunday 9 October 2011

SAMBUTAN HARI GURU SESAMA GURU-GURU SULKJ49

Bertempat: Staff guru SULKJ49
Masa: 8.30 pagi
Tarikh: 6hb Oktober 2011m
(Juruacara Majlis sambutan)

(Ucapan dari Guru Besar, Hidzam@Muhd Bukhari B. Hashim)

(Bagi memberkati majlis, Bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Cikgu Khairul Hakimin)

( Acara bertukar-tukar hadiah sesama guru-guru )


Saturday 1 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 1432 H/2011M

(Para juru acara majlis yang menyerikan lagi majlis sambutan Hari Guru)

(Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah)

(Wakil Murid menyampaikan ucapan)

(Wakil Guru-guru SULKJ49 memberikan ucapan)

(Antara Program & persembahan dalam Majlis Sambutan Hari Guru)






Tuesday 13 September 2011

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 1432H / 2011M

( Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Cikgu Abd. Jalal bin Haji Abdullah )

(Ucapan Dari Wakil Guru, Cikgu Hajah Rosila bte Haji Shamsuddin, Guru Kanan Ko-Kurikulum )


(Ucapan dari Wakil Murid, Ummi Fauziah Bte Haji Md. Ishak)



(Persembahan nyanyian daripada murid-murid darjah Pra dan 2 Alif)



(Persembahan lakonan daripada murid-murid darjah 2 Tsa)



(Persembahan Sajak berkisar mengenai Hari Raya yang dipersembahkan oleh wakil dari murid darjah 3 Ba)


(Persembahan lakonan sketsa pendek Hari Raya yang berunsurkan Nasihat yang dilakonkan oleh barisan Pelakon dari gabungan murid-murid Darjah 4)


(Persembahan Nyanyian dari gabungan murid-murid Darjah 4)




(Murid-murid menikmati Jamuan)

Monday 4 July 2011

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ 1432 H/ 2011M

Tarikh : 30hb Rejab 1432H
2hb Julai 2011M
Masa : 4.10 petang
Bertempat : Surau SU Lambak Kanan Jalan 49


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah yang diketuai oleh Cikgu Abd Jalal Bin Abdullah dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Israa dan terjemahannya yang dibacaan oleh Cikgu Fadilah dan Cikgu Pg Nuraliman.

Kemuncak acara Majlis ialah ceramah khas yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Qamarul Arifin yang bekisar mengenai dengan pengajaran-pengajaran yang diperolehi oleh Nabi Muhammad semasa baginda menerima mukjizat tersebut.

(Untuk gambar-gambar selebihnya lihat Galeri)

Thursday 30 June 2011

MAJLIS MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN MURID BAGI PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 1432H/2011M

Khamis, 30hb Jun 2011 M, Para Ibu bapa Murid yang hadir untuk menandatangani rekod kemajuan anak mereka selain ingin bertanyakan kelemahan dan cara-cara mengatasinya sambil berbincang-bincang dengan guru-guru darjah masing-masing.

(Untuk gambar-gambar selebihnya lihat Galeri)

Saturday 4 June 2011

PROGRAM AMALI UGAMA SEHARI SUNTUK


Tajuk : KESEMPURNAAN SEMBAHYANG DAN CARA - CARA SEMBAHYANG BAGI ORANG YANG SAKIT
Fasilitator : Cikgu Ak Jamaluddin dan Cikgu Dk Erni Riana

PROGRAM IQRA DAN AL-QURAN SEHARI SUNTUK


Khamis, 2hb Jun 2011 - Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 telah mengadakan aktiviti program Iqra dan Al-Quran sehari suntuk. Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang menginginkan seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam ini celik Al-Quran disamping mendekatkan diri kepada Al-Quran.

Thursday 26 May 2011

SELAMAT DATANG

Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 mengalu-alukan seorang tenaga pengajar baru iaitu Cikgu Hj Fadhillah dan dua orang guru pelatih dari KUPUSB (Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan) iaitu Ak. Jamaluddin dan Dk. Erni Rianna.

Pihak Sekolah tidak lupa mengucapkan selamat datang kepada guru-guru tersebut dan semoga menjadi guru terbilang, cemerlang dan terbilang..Amin.


(Cg. Haji Fadhillah)

( Cg. Ak. Jamaluddin )

( Cgu. Dk Erni Rianna )