Thursday 28 February 2013

PERADUAN MEWARNA SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Pada hari Isnin 14hb Rabiul Akhir 1434h bersamaan 25hb Februari 2013, sulkj49 telah mengadakan peraduan mewarna bagi sempena menyambut ulang tahun hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada 23hb Februari 2013 yang lalu. Tema bagi hari kebangsaan yang ke-29 ialah Negaraku Brunei Darussalam.

Tujuan peraduan ini diadakan ialah bagi memupuk semangat patriotik murid-murid sulkj49 menanam rasa cintakan Negara Brunei Darussalam.Peraduan ini dibahagikan mengikut peringkat darjah masing-masing.

Murid-murid menayangkan bendera Negara Brunei Darussalam 'Cantiknya'



Murid-murid sedang tekun mewarna "buat lawa-lawa ya"







Hasil kerja murid "cantik tak?...memanglah cantik"


Thursday 7 February 2013

MAJLIS DIKIR SEMPENA MAULIDUR RASUL 1434H/2013M

Pada 26hb Januari,2013
Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan49, telah mengadakan majlis dikir bersempena tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pada sessi awal iaitu melibatkan murid-murid darjah pra, 1 dan 4.satu majlis dikir diadakan di surau sulkj49.
Manakala sessi akhir iaitu melibatkan murid-murid darjah 2,3 dan 4 telah pun diadakan satu perarakkan besar mengelilingi kawasan lapang sulkj49.
Marilah kita sama-sama berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W..mudahan kita mendapat syafaat nanti.amin



guru-guru lelaki megetuai bacaan dikir di surau sulkj49




sebahagian murid-murid membaca dikir