Thursday 24 November 2011

Perlawanan Futsal Persahabatan antara SULKJ49 dengan Sekolah Ugama Dato Mohammad Yasin, Mentiri.


Rabu,23hb November 2011M, SULKJ49 mengadakan perlawanan persahabatan bersama Sekolah Ugama Dato Mohammad Yasin, Mentiri yang bertempat di Gelanggang Futsal SU Dato Mohammad Yasin, Mentiri.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan pelawat kalah 3-1 keatas pasukan yang berada digelanggang sendiri.

Antara tujuan utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah kerana untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid-murid SULKJ49 dan SU Dato Mohammad Yasin, Mentiri.

Tuesday 22 November 2011

Majis Penyampaian Hadiah Murid-murid Cemerlang dan Terbaik 2011

Isnin, 21hb November 2011M, sekolah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Murid-murid Cemerlang dan Terbaik bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49.

Majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun.

(Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Hj Fadilah Bin Hj Mus)

(Majlis diteruskan dengan ucapan dari guru besar SULKJ49, Cikgu Bukhari@Hidzam bin Hashim)

(Salah seorang dari penerima hadiah murid-murid terbaik dan cemerlang)

(Persembahan nasyid berupa Doa sebelum membaca Al-Quran)

(Persembahan dari Gabungan darjah 2)

(Salah seorang penerima murid cemerlang keseluruhan bagi darjah 3)
(Penerima Hadiah pengurus terbaik semasa pertandingan futsal yang lalu)
(Persembahan berupa pentomen lakonan yang dipersembahkan oleh gabungan murid-murid SULKJ49 yang berkisar mengenai bahaya dadah)

(Penerima Hadiah bagi Kelas kemas dan bersih)

Lawatan Ke Pusat Kesenian Dan Pertukangan Tangan Brunei


Khamis, 17hb November 2011, Guru-guru SU Lambak Kanan Jalan 49 melawat ke Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei yang bertempat di Kota Batu, Bandar Seri Begawan.

Disana guru-guru dapat melihat hasil dan cara pembuatan dari pertukangan tangan anak-anak Brunei sendiri seperti pembuatan Songkok, Kain songket dan sinjang, pertukangan besi, tembaga dan juga cara pembuatan Keris.

Kesenian dan Pertukangan tangan Brunei ini sudah sememangnya adat dan tradisi orang-orang Brunei dahulu kala dan diharap semoga ianya tidak pupus ditelan zaman.

Sukan Ria 2011

Isnin, 14hb November 2011, sekolah mengadakan Sukan Ria SU Lambak Kanan Jalan 49 untuk murid-murid bersempena mengisi aktiviti akhir tahun sekolah.

Bermacam-macam jenis aktiviti sukan di adakan mengikut darjah dan level masing-masing.

Antara tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama murid-murid dan memupuk semangat kesukanan murid-murid.

Majulah sukan untuk negara!

Pertandingan Futsal Antara Darjah-darjah

Sabtu, 12hb November 2011, sekolah mengadakan pertandingan futsal antara darjah-darjah mengikut level masing-masing.

Antara tujuan Pertandingan Futsal ini diadakan adalah untuk mengerat hubungan Silaturrahim sesama murid-murid disamping memupuk semangat kesukanan murid-murid.

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid Akhir Tahun 2011M/1432H

Khamis,17hb November 2011M, bertempat di Dewan SR Lambak Kanan Jalan 49 telah diadakan Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid-Murid SU Lambak Kanan Jalan 49 hasil dari peperiksaan akhir tahun 2011M/1432H.

Dimajlis tersebut, ibu bapa dan penjaga murid dapat mengetahui hasil keputusan anak-anak mereka selain itu guru-guru memberi komen-komen kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka sepanjang persekolahan akhir tahun.

Saturday 5 November 2011

PROGRAM AMALI AGAMA SEHARI SUNTUK


Tarikh: 05/11/2011
Tajuk Program: Doa Qunut dan Doa Selepas Berwhudu'.

Aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun 2011, sekolah terus mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan November ini bagi murid-murid SU Lambak Kanan Jalan 49. Antaranya ialah Program Amali Agama Sehari Suntuk, tajuk program ialah menghalusi dan menghafaz Doa Qunut dan Doa Selepas Berwhudu'. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghalusi bacaan murid-murid agar sempurna dari segi fasahah dan sebutan dan menjaga kesempurnaan dalam beribadah kepada Allah.