Friday 18 July 2014

KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM

 17HB JULAI 2014 Khamis, Seperti yang dirancang di tahun tahun lepas Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Diselajurkan Penyampaian Derma Anak Anak Yatim setiap tahun. Bertujuan untuk membantu dan memeringankan lagi kesusahan anak- anak yatim supaya mereka dapat hidup seperti orang biasa demi mencapai keredhaan Allah Taala.
 Majlis tersebut bermula pukul 1 petang hingga selesai setelah selesai mengarjakan Solat Zohor berjemaah di Surau SULKJ49..Turut hadir ke Majlis tersebut Guru Besar,Guru guru dan Murid - murid serta Ibubapa / Penjaga kepada Anak yatim.

 Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-fatihah oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Mus diikuti dengan bacaan Surah dari AD-Dhuha hingga An-Nas serta Bacaan Tahtim beramai-ramai.Manakala Bacaan Doa Khatam Al-Quran dibacakan Oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Mus.
 Selepas acara Khatam Al-Quran selesai acara Penyamapaian Derma Anak Yatim dilangsungkan. Seramai 6 orang anak yatim yang diraikan pada petang tersebut Iaitu 4 Lelaki dan 2 Perempuan. Masing-masing mendapat Sebiji Hampers berupa makanan dan Wang Ringgit. Penyampaian Derma itu disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 iaitu Cikgu Dtg Norlinah Bte Hj Abd Lamin..Majlis itu diserikan dengan pembahagian bunga telur..

“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa…”. (Q.S. Al An’aam, 6:152)

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”. (Q.S. An Nisaa’, 4:10)
Rosululloh saw. bersabda, “Aku dan penjaga anak yatim akan berada di dalam Jannah yang berdekatan seperti dekatnya jari tengah dan jari telunjuk.”
Rosululloh saw. mengisyaratkan bahwa jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk, maksudnya adalah karena kenabian, kedudukan beliau saw. lebih tinggi dari orang lain, tetapi ‘penjaga’ anak yatim dan penjaga harta mereka akan berada berdekatan dengan beliau saw.

Rosululloh saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadits ini Rosululloh saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.

Tuesday 15 July 2014

TITAH BERKENAN ' MUNAJAT SENEGARA '

 Pada 14 Julai 2014 Isnin, Kebawah Duli Baginda Sultan Brunei bertitah berkenan mengadakan Solat Berjemaah dan Membaca Yassin serta Berdoa dan Munajat Kepada Allah Subhanahu WaTaala memohon agar Rakyat Palestin Di Gaza di selamatkan, di pelihara serta mendapat pertolongan daripada Allah Taala.
 Acara itu di adakan di Seluruh Masjid-Masjid Utama seperti Masjid Jame Asri Hassanal Bolkiah dan sebagainya.Bermula pukul 12 tengahari, Turut hadir Murid-murid Sekolah- Sekolah Menangah, Badan- badan Kerajaan,  Swasta serta persendirian.
 Acara dimulakan serentak di kesemua Masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam dengan membaca Yassin, Kemudian Solat Zohor berjemaah selepas itu Solat Hajat Berjemaah berserta dengan Doa nya.
 Hari yang penuh berkat ini alhamdulillah mendapat sambutan daripada orang ramai dan penduduk di Negara ini sehinggakan ada orang ramai yang solat hingga diluar Masjid. Perkumpulan ini tidak pernah sekali terjadi walaupun Solat Jumaat dan Solat Hari Raya..
 Mudah-mudahan niat baik Kebawah Duli serta Rakyat yang inginkan pertolongan daripada Allah Taala membantu Rakyat Palestin dan Tentera Hamas di Gaza dan mereka dapat mengalahkan serta mengusir musuh-musuh Islam. Aamiin..
 Alhamdulillah Syukur " Doa adalah Senjata Umat ISLAM " yang tidak pernah Ampuh dan yang tidak ada kepada orang kafir.
Kesatuan dan kerjasama Umat ISLAM menjadikan ISLAM itu semakin kuat.

KHATAM AL-QURAN BAGI GURU-GURU KAWASAN BRUNEI II A

 12 Julai 2014 Sabtu, Sempena Bulan Yang Mulia ini Semua guru-guru besar, Pegawai-pegawai dan guru-guru kawasan Brunei II 'A' juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Serusop pukul 2 petang hingga selesai.
 Acara diserikan dengan Dikir Marhaban, Tahtim serta bunga telur. Setiap Sekolah menyediakan bunga telur untuk memeriahkan lagi acara tersebut.
 Setiap Sekolah Ugama Kawasan Brunei II A ini membahagikan beberapa Juzuk Al-Quran untuk dibaca oleh guru-guru.
 Ahli Jawatan Kuasa Majlis Khatam Quran ini terdiri daripada Guru-guru besar.
 Semoga Allah membalas dan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda kepada pembaca Al-Quran terutama sekali dibulan yang mulia ini Aamiin..

Monday 14 July 2014

LATIHAN KHATAM QURAN

 12 Julai 2014 Sabtu, Waktu Sekolah sebelah petang, Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 mengadakan latihan Khatam Al-Quran di Surau untuk persediaan Khatam Al-Quran pada Khamis 17Hb Julai 2014 nanti d akhir persekolahan sebelum cuti khas hari raya.
 Latihan itu dibimbing oleh Cikgu Khairul Hakimin Bin Hj Abu Bakar dan guru-guru yang lain. Murid-murid disuruh membaca Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas..
Latihan juga di serikan dengan Dikir dan Bacaan Tahtim oleh Guru-guru dan Murid-murid sekelian.
Semoga persediaan ini membuatkan berjalan lancar di hari yang di nantikan In Syaa Allah... Aamiin..

Friday 11 July 2014

PERTANDINGAN TAUSYEH

Jabatan Pengajian Islam dan Ahli Jawatan Kuasa Guru-Guru Brunei II mengadakan dan menganjurkan pertandingan Tausyeh untuk guru-guru kawasan Brunei II bagi Ketegori Guru Perempuan sahaja. Bertempat Dewan Sekolah Ugama Lambak Kanan JLN 77. Pada 12hb Mac 2014.

  Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49  turut Mengantar Wakil Sekolah seramai 5 Orang dan Seorang penggandang.Membuat persediaan sebelum bertanding. Latihan bersama sama di adakan disekolah untuk persiapan bertanding.Nama lagu Tausyeh mereka ialah ' ATAINAKA MUALLIMINA '
Mereka adalah ( dari kanan ) Cikgu Faraihah , Cikgu Sri Rahayu, Cikgu Hjh Saemah, Cikgu Rohaya, Cikgu Pg Sahariah dan Penggandang ialah Cikgu Najib..

Tahniah !!! kerana berani mencuba.

Sunday 6 July 2014

TADARUS AL-QURAN ISTANA NURUL IMAN

 Semua guru lelaki Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 menghadiri majlis tadarus Al-Quran di Istana Nurul Iman 2 hari berselang di bulan Ramadhan pada Malam Kedua Ramadhan 29 Jun 2014 dan Malam Ke Sembilan 6hb Julai 2014
 Berkumpul di SUAMRIPAD pada pukul 730 malam.Setelah selesai Solat Isyak dan Terawih berjemaah kemudian beredar ke Surau Istana untuk bertadarus Al-Quran kira-kira pukul 9 malam bermula.Setelah selesai membaca Al-Quran, Doa Peliharakan Sultan dan selepas itu para jemputan menikmati jamuan makanan ringan yang disediakan.
Diantara pembaca utama ialah Cikgu Khairul Hakimin Bin Hj Abu Bakar. Manakala yang lain akan di berikan Setengah Juzuk seorang untuk dibaca.. Dengan berkat dibulan Ramadhan ini mudah - mudahan Pembaca Al-Quran itu mendapat Syafaat dari Allah Taala jua.Aamiin..

Saturday 5 July 2014

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2014


 Murid - murid membaca Doa sebelum membaca Al-quran



SULKJ49 mengadakan aktiviti sepanjang hari persekolah di bulan Ramadhan dengan mengisi jadual seperti Tadarus Al-Quran, Menghalusi bacaan dan praktikal Amali serta Memulihkan tahap bacaan murid - murid.

Semua murid-murid darjah 4 lelaki dan perempuan ikut serta aktiviti ini. Persekolah mereka bermula dari pukul 12.30 tengahari hingga 2 petang.Manakala darjah Pra, 1 ,2 dan 3 di CUTI kan sepanjang kempen di bulan Ramadhan ini

Aktiviti ini di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada Seorang GURU yang mengawasi dan beberapa orang murid.

Semoga Allah Subhanahu Wata'ala membalas jasa dan ilmu yang cikgu-cikgu curahkan kepada murid-murid itu menjadikan ikhlas serta membawa ke Syurga kelak.Aamiin.

PROGRAM CELIK AL-QURAN


Program Celik Al-Quran ini dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Islam setiap tahun di bulan Ramadhan.Bertujuan untuk memantau dan mentasmik bacaan murid-murid di Sekolah Menengah,Vokasional, Maktab -Maktab dan Teknikal.Bermula pada 1hb Julai 2014 hingga 14hb Julai 2014

2 orang Warga SULKJ49 telah dilantik mengikuti Program ini iaitu Cikgu Ahmad Nabil Bin Haji Yahya ke Sekolah Menengah Lambak Kiri dan Cikgu Hajah Rosila Bte Hj Shamsuddin ke Sekolah Menengah Berakas.

Tuesday 1 July 2014

AKTIVITI SEBELUM RAMADHAN


 Murid -murid asyik dan mengambil perhatian sepenuhnya semasa Ceramah di jalankan.
Apabila Anak Bulan Ramadhan TIDAK sabit kelihatan pada hari Jumaat 27-6-2014 maka Seluruh rakyat di  Negara Brunei Darussalam bermula Puasa pada Hari Ahad 29-6-2014.

Oleh itu Sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam seperti biasa di adakan pada Hari Sabtu sebelum menjelang Ramadhan dan ia adalah hari terakhir persekolahan Ugama bagi Darjah Pra, 1,2 dan 3 kerana di beri CUTI KHAS sempena bulan Ramadhan. Manakala bagi darjah 4 Sekolah seperti biasa dan akan bermula pada pukul 12.30 hingga 2 petang.

Pada 28-6-2014 Hari Sabtu sesi Awal itu, Sulkj49 mengadakan CERAMAH KHAS SEMPENA BULAN RAMADHAN yang disampaikan oleh Ustaz Hj Fadillah Bin Mus dari Negara Rimba. Tajuk berkaitan dengan Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan, Adab-Adab berpuasa, Perkara Yang di Larang dan Sembahyang Terawih..

"RAMADHAN AL- MUBARAK "



SESI AKHIR:-
 Diketuai oleh yang mulia Mohammad Hafizuddin Bin Saidin


Pada sesi akhir pula, Selepas Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah Sulkj49 mengadakan Aktiviti Latihan Khatam Al-QURAN yang akan di Sambut In Syaa Allah pada 17hb Julai 2014. Semua Murid -murid membaca Ayat-ayat Lazim dari Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas beramai - ramai yang di pimpin oleh Murid Cemerlang dari darjah 3 Tha iaitu Mohammad Hafizuddin Bin Saidin. Manakala Doa Khatam di bacakan oleh Cikgu Ahmad Nabil Bin Hj Yahya beserta Doa Selepas Membaca Al-Quran.

"RAMADHAN KARIM"