Monday 28 February 2011

Murattal Pagi SU Lambak Kanan Jalan 49

Allah Ta’ala berfirman :
“Maka bacalah Al-Qur’an dengan tartil (yang sebaik-baiknya).”
(Surah Al-Muzammil : 4)
Rasulullah bersabda :
Bacalah olehmu Al-Qur’an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur’an (yang membaca dan mengamalkannya).” (HR. Muslim)

Rasulullah bersabda :
“Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR. Bukhari)


Adapun tujuan Murattal pagi ini diadakan adalah untuk memperbaiki bacaan guru-guru disamping berkongsi ilmu pengetahuan dalam hukum Tajwid.

Murattal pagi ini diadakan setiap Hari Khamis jam 8.00 pagi.

Tuesday 22 February 2011

MAJLIS MEMBACA YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-27


Selasa, 22hb Februari 2011, Sekolah Ugama Lambak Kanan mengadakan bacaan Yaasin dan doa kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-27 pada 23hb Februari 2011. Bacaan Yaasin diketuai oleh Cikgu Qamarul Arifin dan bacaan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Cikgu Khairul Hakimin.

Thursday 17 February 2011

MAJLIS PENUTUP DIKIR SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD 1432H


Rabu, 16hb Februari 2011M, Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 telah mengadakan Majlis Penutup Maulud Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam bertempat di Surau sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah beramai-ramai. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan tazkirah yang bertajuk 'Kelebihan berselawat' yang disampaikan oleh guru besar sendiri iaitu Cikgu Hidzam @ Bukhari Bin Hashim. Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi diteruskan lagi dengan bacaan Dikir Sarafil Anam yang diketuai sendiri oleh guru-guru Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49.

Majlis ditutup dengan bacaan doa Dikir yang dibacakan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 iaitu Cikgu Hidzam @ Bukhari bin Hashim.