Monday 8 July 2013

Majlis Perpisahan Guru Pelatih Tahun 2

Pada 27hb Syaaban 1434H bersamaan 06 Julai 2013M iaitu pada hari sabtu. Satu majlis perpisahan telah berlangsung di bilik guru-guru sulkj49 pada jam 5.00ptg.

Seramai 4 orang iaitu terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan 2 orang mahasiswi dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang mana mereka ini ditempatkan untuk membuat latihan mengajar di sekolah ini.

Guru Pelatih berpakaian biru

Guru Pelatih wanita

Sesi bergambar bersama Guru Besar

Kami warga guru-guru dan murid-murid sulkj49 merakamkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru pelatih. Kami berdoa semoga abiskita berjaya semada semasa menjalani pengajian atau pun setelah keluar bertugas iaitu menjadi guru terlatih.Insha Allah

Sunday 7 July 2013

LAWATAN KE JABATAN PENJARA


Pada hari Rabu, 24 Syaaban 1434H bersamaan 03 Julai 2013M.

Guru-guru Sulkj49 termasuk 4 orang guru pelatih Kupu-sb telah pun mengadakan lawatan di salah sebuah agensi Kerajaan iaitu di Jabatan Penjara, Jerudong. Tujuan lawatan diadakan ialah untuk mengetahui lebih lanjut lagi peranan dan tanggungjawab seorang pegawai penjara.



Acara dimulakan dengan taklimat mengenai struktur perjalanan di penjara yang disampaikan oleh Pegawai penjara.




Guru-guru SULKJ49 sedang mendengarkan taklimat.





Guru-guru dapat menyaksikan hukuman sebat bagi banduan yang bersalah.



Guru-guru dibawa keruang galeri yang terdapat di Jabatan Penjara. Ini membolehkan guru-guru melihat lebih dekat lagi apa yang ada di penjara seperti lokap, peralatan hukuman gantung termasuk pakaian serta hasil kerja tangan penduduk banduan.


Sebelum berpisah majlis penyampaian cederahati kepada Pegawai Penjara..Insha Allah jika umur panjang kami sulkj49 akan datang melawat lagi


Wednesday 3 July 2013

MAJLIS PERPISAHAN

Pada 26hb Jun 2013 telah berlangsung satu majlis perpisahan iaitu salah seorang guru warga Sulkj49 yang telah berpindah ke Sekolah PAP Mutawakillah Haiyatul Bolkiah, Berakas pada Januari tahun ini.

Majlis itu diadakan di salah sebuah Restoran di Kiulap. Acara dimulakan dengan bacaan surah Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Hj Mus. Seterusnya ucapan daripada guru besar dan disusuli pula ucapan daripada guru yang diraikan. Acara kemuncak majlis tersebut ialah sesi penyampaian cendera hati.

Berikut serba ringkas profil guru diraikan:- Nama: Cikgu Qamarul Ariffin B Hj Hamidon. Mula berkhidmat pada tahun 2011.Beliau sebelum ini pernah mengajar di Sek Rendah Amar Pahlawan, Berakas.Sepanjang berada di Sulkj49, beliau banyak memberi komitmen kepada sekolah. Dilantik sebagai guru kanan ICT dan pernah menjalani kursus tentang ICT serta terlibat dalam Progrem satu produk satu satu sekolah iaitu membuat powerpoint mengikut subjek. Beliau merupakan guru yang penyayang kepada anak muridnya dan memahami masalah yang dihadapi murid-muridnya. Diucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu "Job" @ Qamarul.