Wednesday 3 July 2013

MAJLIS PERPISAHAN

Pada 26hb Jun 2013 telah berlangsung satu majlis perpisahan iaitu salah seorang guru warga Sulkj49 yang telah berpindah ke Sekolah PAP Mutawakillah Haiyatul Bolkiah, Berakas pada Januari tahun ini.

Majlis itu diadakan di salah sebuah Restoran di Kiulap. Acara dimulakan dengan bacaan surah Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Hj Mus. Seterusnya ucapan daripada guru besar dan disusuli pula ucapan daripada guru yang diraikan. Acara kemuncak majlis tersebut ialah sesi penyampaian cendera hati.

Berikut serba ringkas profil guru diraikan:- Nama: Cikgu Qamarul Ariffin B Hj Hamidon. Mula berkhidmat pada tahun 2011.Beliau sebelum ini pernah mengajar di Sek Rendah Amar Pahlawan, Berakas.Sepanjang berada di Sulkj49, beliau banyak memberi komitmen kepada sekolah. Dilantik sebagai guru kanan ICT dan pernah menjalani kursus tentang ICT serta terlibat dalam Progrem satu produk satu satu sekolah iaitu membuat powerpoint mengikut subjek. Beliau merupakan guru yang penyayang kepada anak muridnya dan memahami masalah yang dihadapi murid-muridnya. Diucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu "Job" @ Qamarul.










No comments:

Post a Comment