Monday 18 August 2014

BERDIKIR DI ISTANA NURUL IMAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI

 Ahad 17hb Ogos 2014 Guru Lelaki Sekolah Ugama Lambak Kanan jln 49 menghadiri berdikir di Istana Nurul Iman Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli. Bermula Jam 7 malam menunggu tempat letak kereta tumasek hingga acara selesai.



SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014

 Sabtu, 16 Ogos 2014 telah di adakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri  Bagi semua warga Guru-guru dan Murid-murid sekelian..Bertempat Dewan Sulkj49, Bermula jam 2 ptg. Acara diisikan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, Persembahan daripada murid-murid dan Penyampaian hadiah bagi Pemenang Pakaian Tercantik dan Terbaik bagi Murid Lelaki dan Perempuan dan acara kemuncak ialah Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bagi  guru-guru dan murid-murid sekalian.
 Murid-murid yang hadir memakai pakaian hari raya yang baru nampak indah.
 Murid-murid di alu-alukan membawa makanan dan minuman hari raya bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.
 Ini lah dia pemenang pakaian tercantik dan terbaik Mohd Khairul Hanif Bin Awg Osmera
 Manakala ini adalah pemenang bagi perempuan
 Murid berbaris untuk bersalam-salaman dengan guru-guru serta melontarkan senyuman yang manis.
 Sebahagian Kueh Mueh Hari Raya