Sunday, 6 July 2014

TADARUS AL-QURAN ISTANA NURUL IMAN

 Semua guru lelaki Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 menghadiri majlis tadarus Al-Quran di Istana Nurul Iman 2 hari berselang di bulan Ramadhan pada Malam Kedua Ramadhan 29 Jun 2014 dan Malam Ke Sembilan 6hb Julai 2014
 Berkumpul di SUAMRIPAD pada pukul 730 malam.Setelah selesai Solat Isyak dan Terawih berjemaah kemudian beredar ke Surau Istana untuk bertadarus Al-Quran kira-kira pukul 9 malam bermula.Setelah selesai membaca Al-Quran, Doa Peliharakan Sultan dan selepas itu para jemputan menikmati jamuan makanan ringan yang disediakan.
Diantara pembaca utama ialah Cikgu Khairul Hakimin Bin Hj Abu Bakar. Manakala yang lain akan di berikan Setengah Juzuk seorang untuk dibaca.. Dengan berkat dibulan Ramadhan ini mudah - mudahan Pembaca Al-Quran itu mendapat Syafaat dari Allah Taala jua.Aamiin..

Saturday, 5 July 2014

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2014


 Murid - murid membaca Doa sebelum membaca Al-quran



SULKJ49 mengadakan aktiviti sepanjang hari persekolah di bulan Ramadhan dengan mengisi jadual seperti Tadarus Al-Quran, Menghalusi bacaan dan praktikal Amali serta Memulihkan tahap bacaan murid - murid.

Semua murid-murid darjah 4 lelaki dan perempuan ikut serta aktiviti ini. Persekolah mereka bermula dari pukul 12.30 tengahari hingga 2 petang.Manakala darjah Pra, 1 ,2 dan 3 di CUTI kan sepanjang kempen di bulan Ramadhan ini

Aktiviti ini di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada Seorang GURU yang mengawasi dan beberapa orang murid.

Semoga Allah Subhanahu Wata'ala membalas jasa dan ilmu yang cikgu-cikgu curahkan kepada murid-murid itu menjadikan ikhlas serta membawa ke Syurga kelak.Aamiin.

PROGRAM CELIK AL-QURAN


Program Celik Al-Quran ini dikelolakan oleh Jabatan Pengajian Islam setiap tahun di bulan Ramadhan.Bertujuan untuk memantau dan mentasmik bacaan murid-murid di Sekolah Menengah,Vokasional, Maktab -Maktab dan Teknikal.Bermula pada 1hb Julai 2014 hingga 14hb Julai 2014

2 orang Warga SULKJ49 telah dilantik mengikuti Program ini iaitu Cikgu Ahmad Nabil Bin Haji Yahya ke Sekolah Menengah Lambak Kiri dan Cikgu Hajah Rosila Bte Hj Shamsuddin ke Sekolah Menengah Berakas.

Tuesday, 1 July 2014

AKTIVITI SEBELUM RAMADHAN


 Murid -murid asyik dan mengambil perhatian sepenuhnya semasa Ceramah di jalankan.
Apabila Anak Bulan Ramadhan TIDAK sabit kelihatan pada hari Jumaat 27-6-2014 maka Seluruh rakyat di  Negara Brunei Darussalam bermula Puasa pada Hari Ahad 29-6-2014.

Oleh itu Sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam seperti biasa di adakan pada Hari Sabtu sebelum menjelang Ramadhan dan ia adalah hari terakhir persekolahan Ugama bagi Darjah Pra, 1,2 dan 3 kerana di beri CUTI KHAS sempena bulan Ramadhan. Manakala bagi darjah 4 Sekolah seperti biasa dan akan bermula pada pukul 12.30 hingga 2 petang.

Pada 28-6-2014 Hari Sabtu sesi Awal itu, Sulkj49 mengadakan CERAMAH KHAS SEMPENA BULAN RAMADHAN yang disampaikan oleh Ustaz Hj Fadillah Bin Mus dari Negara Rimba. Tajuk berkaitan dengan Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan, Adab-Adab berpuasa, Perkara Yang di Larang dan Sembahyang Terawih..

"RAMADHAN AL- MUBARAK "



SESI AKHIR:-
 Diketuai oleh yang mulia Mohammad Hafizuddin Bin Saidin


Pada sesi akhir pula, Selepas Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah Sulkj49 mengadakan Aktiviti Latihan Khatam Al-QURAN yang akan di Sambut In Syaa Allah pada 17hb Julai 2014. Semua Murid -murid membaca Ayat-ayat Lazim dari Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas beramai - ramai yang di pimpin oleh Murid Cemerlang dari darjah 3 Tha iaitu Mohammad Hafizuddin Bin Saidin. Manakala Doa Khatam di bacakan oleh Cikgu Ahmad Nabil Bin Hj Yahya beserta Doa Selepas Membaca Al-Quran.

"RAMADHAN KARIM"

Thursday, 26 June 2014

MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN SETENGAH TAHUN 2014




Khamis 26-6-2014, Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 telah menjalani satu hari perjumpaan Ibubapa untuk menantangani Rekod kemajuan anak anak mereka serta berkongsisama meningkatkan dan memantau Pembelajaran dan Pengajaran anak anak mereka demi mencapai kejayaan yang cemerlang setelah selesai Peperiksaan Setengah Tahun pada awal bulan 6 tempoh hari.

Acara bermula pukul 2 petang hingga selesai.Bertempat Dewan SULKJ49.

Program Keagamaan Senagara ( PKS )


24-6-2014 SELASA, Jabatan Pengajian Islam membuat Program Keagamaa Senegara ( PKS ) seluruh sekolah-sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam secara serentak iaitu Membaca Yassin dan Tahlil serta Doa nya sebelum menjelang Ramadhan beberapa hari lagi..

Sekolah Ugama Lambak Kanan jln49 juga terlibat dan membuat Program itu di Surau sekolah itu serta melaksanakan seperti yang dirancang.

Semua murid lelaki dan perempuan darjah Pra-4 ikut serta dalam aktiviti ini. di bahagi kepada sesi awal dan akhir.

Pada sesi akhir,selepas sembahyang Asar berjemaah Program itu dimulakan Bacaan Surah Al Fatihah dan Yassin serta Tahlil di ketuai oleh Mohd Hafizuddin Bin Saidin.Beliau adalah seorang Prefect dan murid cemerlang belajar dalam darjah 3 Tha. Manakala Bacaan Doa Tahlil di baca oleh Cikgu Ahmad Nabil Bin Hj Yahya

Semoga Allah Taala membalas jasa baik dan mengkabulkan doa kita semua Aamiin Ya Rabbal'alamin

Sunday, 22 June 2014

MANTAN GURU SULKJ49

Cikgu  Pg Noraliman telah berjaya memasuki dan melanjutkan pejaran beliau ke KUPU SB bermula tahun 2013-2016 selama 4 tahun.meningkatkan ilmu pengetahuan beliau sampai ke peringkat degree..jasa beliau di SULKJ49 ialah beliau seorang yang bekerja keras dan sentiasa menjalankan tanggungjawapnya sebgai guru seperti yang di amanahkan.beliau mula berkhidmat di SULKJ49 pada 2007-2013.pernah memegang jawatan sebagai Kokurikulum,Keselamatan,Ict dan lain lain lagi..guru-guru SULKJ49 mendoakan semoga Cikgu Pg Noraliman sentiasa dirahmati dan berjaya dalam bidang yang dceburi Aamiin..