Thursday, 2 August 2012

MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN ORANG-ORANG ISLAM DI KAMPONG LAMBAK

2hb Ogos 2012M bersamaan dengan 14 Ramadhan 1433H, Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 telah pun menziarahi sambil meyedekahkan Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam di Kampong Lambak.

Aktiviti ini adalah untuk mengajar dan melatih murid-murid darjah 4 untuk menjaga adab semasa menziarahi tanah perkuburan.







Thursday, 5 July 2012

Majlis Peraduan Tahlil dan Doa Arwah bahagian Perempuan Peringkat Pemilihan bagi Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei IIA

Hari : Khamis dan Sabtu
Tarikh : 21hb dan 23hb Jun 2012M
Bertempat : Dewan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49

Sebanyak 12 buah sekolah yang bertanding dalam Peraduan Membaca Tahlil dan Doa Arwah ini iaitu SU Dato Mahawangsa Lambak, SU Lambak Kanan (pagi), SU Dato Basir Lambak Kanan, SU Sayyidina Abu Bakar Lambak Kanan, SU Amar Pahlawan, SU PAP Hafizah Sururul Bolkiah Berakas (pagi), SU PAP Hajah Masna Lambak Kanan, SU PAP Mutawakilah Hayatul Bolkiah Serusop (pagi), SU Lambak Jalan Bedil, SU Lambak Kanan Jalan 49, SU Anggerek Desa dan SU Madang (petang).

Peraduan Tahlil dan Doa Arwah yang berlangsung selama dua hari ini telah di juarai oleh SU PAP Mutawakilah Hayatul Bolkiah, Serusop (pagi) dengan mendapat 92.5%. Naib Johan disandang oleh SU Lambak Kanan (pagi) dengan mendapat markah 89% dan ditempat yang ketiga adalah dari SU PAP Hajah Masna Lambak Kanan dengan mendapat 81.5%.

 ( Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Pg. Noor Aliman B. Pg. Hj Metassan)

 ( SU Dato Mahawangsa Lambak )

 ( SU Lambak Kanan, pagi )

 ( SU Dato Basir, Lambak Kanan )

 ( SU Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan )

 ( SU Amar Pahlawan )

 ( SU PAP Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas, Pagi )

 ( SU PAP Hajah Masna, Lambak Kanan )

 ( SU PAP Mutawakilah Hayatul Bolkiah, Serusop Pagi )

 ( SU Lambak Jalan Bedil )

 ( SU Lambak Kanan Jalan 49 )

 ( SU Anggerek Desa )

 ( SU Madang, Petang )

 ( Persembahan Dari Murid-murid SU Lambak Kanan Jalan 49, dari darjah 1 Tsa )

 ( Para Jemaah Hakim yang menghakimi peraduan Tahlil dan Doa Arwah )

 ( Hasil Rumusan dari Ketua Jemaah Hakim )

Saturday, 31 March 2012

RINGKASAN AKTIVITI-AKTIVITI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN

Sepanjang penggal pertama persekolahan banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49, antaranya ialah Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Annam sempena Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam, Majlis Membaca Yaasin Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Dipenghujung penggal persekolahan juga pihak sekolah ada juga mengadakan Aktiviti seperti Program Amali Agama dan Kempen Kebersihan sekolah.




Saturday, 14 January 2012

AKTIVITI MINGGU PERTAMA TAHUN 2012

Taklimat Program Siwak
Taklimat Akademik
Taklimat Keselamatan
Taklimat Disiplin

Thursday, 24 November 2011

Perlawanan Futsal Persahabatan antara SULKJ49 dengan Sekolah Ugama Dato Mohammad Yasin, Mentiri.


Rabu,23hb November 2011M, SULKJ49 mengadakan perlawanan persahabatan bersama Sekolah Ugama Dato Mohammad Yasin, Mentiri yang bertempat di Gelanggang Futsal SU Dato Mohammad Yasin, Mentiri.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan pelawat kalah 3-1 keatas pasukan yang berada digelanggang sendiri.

Antara tujuan utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah kerana untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid-murid SULKJ49 dan SU Dato Mohammad Yasin, Mentiri.

Tuesday, 22 November 2011

Majis Penyampaian Hadiah Murid-murid Cemerlang dan Terbaik 2011

Isnin, 21hb November 2011M, sekolah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Murid-murid Cemerlang dan Terbaik bertempat di Dewan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49.

Majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun.

(Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Cikgu Hj Fadilah Bin Hj Mus)

(Majlis diteruskan dengan ucapan dari guru besar SULKJ49, Cikgu Bukhari@Hidzam bin Hashim)

(Salah seorang dari penerima hadiah murid-murid terbaik dan cemerlang)

(Persembahan nasyid berupa Doa sebelum membaca Al-Quran)

(Persembahan dari Gabungan darjah 2)

(Salah seorang penerima murid cemerlang keseluruhan bagi darjah 3)
(Penerima Hadiah pengurus terbaik semasa pertandingan futsal yang lalu)
(Persembahan berupa pentomen lakonan yang dipersembahkan oleh gabungan murid-murid SULKJ49 yang berkisar mengenai bahaya dadah)

(Penerima Hadiah bagi Kelas kemas dan bersih)

Lawatan Ke Pusat Kesenian Dan Pertukangan Tangan Brunei


Khamis, 17hb November 2011, Guru-guru SU Lambak Kanan Jalan 49 melawat ke Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei yang bertempat di Kota Batu, Bandar Seri Begawan.

Disana guru-guru dapat melihat hasil dan cara pembuatan dari pertukangan tangan anak-anak Brunei sendiri seperti pembuatan Songkok, Kain songket dan sinjang, pertukangan besi, tembaga dan juga cara pembuatan Keris.

Kesenian dan Pertukangan tangan Brunei ini sudah sememangnya adat dan tradisi orang-orang Brunei dahulu kala dan diharap semoga ianya tidak pupus ditelan zaman.