Thursday, 27 June 2013

SUKAN RIA SULKJ49 VERSI JUN 2013

BERITA SUKAN SEMASA.

PADA HARI RABU
3HB SYAABAN 1434H BERSAMAAN 12HB JUN 2013M

TEMA SUKAN
BERSUKAN UNTUK SEHAT

Warga Sek Ugama Lambak Kanan Jalan 49 begitu semangat dan meriah pada hari tersebut apabila pihak sekolah mengadakan sukan ria yang diadakan 2 kali setahun sebelum bermulanya cuti sekolah. Ramai murid-murid pada ketika itu hadir.


Acara dimulakan dengan senam robik yang dikendalikan oleh dua orang guru pelatih dari KUPU SB. Setelah itu diadakan acara-acara sukan mengikut darjah kategori lelaki dan perempuan.
















TAKLIMAT JABATAN PENJARA DAN CARA PERLAKSANAAN HUKUMAN SEBAT

Pada hari Isnin 01 Syaaban 1434H bersamaan 10 Jun 2013 M. 

Sulkj49 telah pun mengadakan satu acara majlis sempena aktiviti sebelum cuti persekolahan penggal kedua.

Acara tersebut diadakan di Dewan Sek.Ren.Lambak Kanan Jalan 49. Semua peringkat darjah dari darjah Pra hingga 4 berkumpul dan mendengarkan taklimat pada hari itu.


Bacaan Al-Fatihah pembuka acara majlis.
Ucapan alu-aluan dari Guru Besar Sulkj49


Pegawai yang diundang memberi taklimat.


Pegawai menunjukkan cara hukuman sebat bagi banduan yang bersalah.

Di harap para pelajar dapat mengambil pengajaran daripada taklimat yang disampaikan.



Thursday, 21 March 2013

PROGREM AKIDAH ISLAM

Pada 23hb Rabiul'Akhir 1434H bersamaan 6hb Mac 2013M, satu progrem yang diadakan di dewan Sek.Rendah Lambak Kanan Jalan 49 iaitu Progrem "Akidah Islam" yang dianjurkan oleh bahagian Amali Sulkj49, diketuai oleh Guru Kanan Amali dan ahli-ahlinya.

Pihak sekolah telah menjemput dua orang wakil penceramah dari Jabatan Syariah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Tujuan rancangan ini diadakan supaya murid-murid mengetahui dan memahami perkara-perkara ajaran sesat serta meruntuhkan akidah Islam yang mana ada berlaku di Negara Brunei Darussalam. Memberi kesedaran kepada mereka tentang bahayanya perkara tersebut. Penceramah banyak menedahkan beberapa adegan ajaran sesat. Di harap murid-murid dapat mengambil iktibar dan berhati-hati dalam semua hal pada masa akan datang.


                                Juru acara majlis atau 'm.c'..


                            Bacaan Surah Al-Fatihah pembuka majlis


Ucapan aluan-aluan daripada Guru Besar







                                       Doa selamat penutup majlis

 

Friday, 15 March 2013

PROGREM 5S

Pada 21 Rabiul'Akhir 1434H bersamaan 4hb Mac 2013M,
Satu progrem yang pertama kali diadakan di sulkj49 iaitu "PROGREM 5S" yang dikendalikan oleh Guru Kanan 3K serta ahli-ahlinya.


Progrem 5s iaitu 'Sapa,Salam,Senyum,Sopan,Santun' adalah bertujuan supaya murid-murid sulkj49 menanam sikap hormat kepada guru-guru sulkj49 khususnya dan masyarakat amnya.Mereka akan diarahkan untuk berjumpa semua guru-guru dan menyerahkan kertas yang telah disediakan untuk guru tersebut menandatangani sebelum guru tersebut menandatangani, murid tersebut terlebih dahulu melakukan kelima sikap yang murni itu.


Borang unutk di tandatangani guru.......siapa yang kena..





ada juga cikgu menyuruh menyanyi.



Thursday, 28 February 2013

PERADUAN MEWARNA SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Pada hari Isnin 14hb Rabiul Akhir 1434h bersamaan 25hb Februari 2013, sulkj49 telah mengadakan peraduan mewarna bagi sempena menyambut ulang tahun hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada 23hb Februari 2013 yang lalu. Tema bagi hari kebangsaan yang ke-29 ialah Negaraku Brunei Darussalam.

Tujuan peraduan ini diadakan ialah bagi memupuk semangat patriotik murid-murid sulkj49 menanam rasa cintakan Negara Brunei Darussalam.Peraduan ini dibahagikan mengikut peringkat darjah masing-masing.

Murid-murid menayangkan bendera Negara Brunei Darussalam 'Cantiknya'



Murid-murid sedang tekun mewarna "buat lawa-lawa ya"







Hasil kerja murid "cantik tak?...memanglah cantik"


Thursday, 7 February 2013

MAJLIS DIKIR SEMPENA MAULIDUR RASUL 1434H/2013M

Pada 26hb Januari,2013
Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan49, telah mengadakan majlis dikir bersempena tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pada sessi awal iaitu melibatkan murid-murid darjah pra, 1 dan 4.satu majlis dikir diadakan di surau sulkj49.
Manakala sessi akhir iaitu melibatkan murid-murid darjah 2,3 dan 4 telah pun diadakan satu perarakkan besar mengelilingi kawasan lapang sulkj49.
Marilah kita sama-sama berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W..mudahan kita mendapat syafaat nanti.amin



guru-guru lelaki megetuai bacaan dikir di surau sulkj49




sebahagian murid-murid membaca dikir




Saturday, 24 November 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID-MURID CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Tarikh : 24hb November 2012
Hari : Sabtu
Bertempat : Dewan SR Lambak Kanan Jalan 49


( Juru acara Majlis, Cikgu Ahmad Nabil Bin Hj Yahya )

( Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Khairul Hakimin Bin Hj Abu Bakar )

( Ucapan dari Guru Besar SULKJ49, Cikgu Nurlinah Binti Hj Abdul Lamin )







( Persembahan Pentomen dari Murid-murid SULKJ49 )