Thursday, 13 November 2014

SUKAN RIA SULKJ49

 Khamis 9-10-2014  Pentadbiran Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 mengadakan Sukan Ria dalaman Sekolah sahaja. Acara dimulakan bermula pukul 2.15 Petang.
 Mula-mula acara Pemanasan Badan di ketuai oleh Cikgu Hakimin
 Acara - acara nya ialah Tarik kalat, Futsal, Memutik gula-gula, Netball, Lumba Pakai Kasut dan Lain-lain lagi
 Semua murid murid darjah Pra hingga Darjah 4 ikut serta dalam aktibiti tersebut
 Acara Sukan Ria ini di adakan selepas selesai Peperiksaan Ujian Kali ke - 2








 Peace Yo !

WALKATON SUKAN BRUNEI II A

 Ahad 2-11-2014 Ahli jawatan kuasa Guru-guru Sukan Brunei II A mengadakan Walkaton bertempat Agro Teknologi, Tungku. Bermula pukul 6.15 pagi.
 Antara Guru-guru Sulkj49 yang hadir
 Turut diserikan dengan Hadiah Nombor Cabutan Bertuah

 Cikgu Hj Fadillah Bin Hj Mus telah memulakan acara Walkaton dengan Bacaan Surah AlFatihah


Cikgu Qamarul turut hadir dalam acara tersebut.Beliau juga adalah bekas Guru SULKJ49.

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Sabtu, 11-10-2014 Warga Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 mengadakan Sambutan Hari Guru tahun 2014 yang di kendalikan oleh Murid - murid darjah 4
 Sambutan dibahagikan kepada 2 sesi :-
Sesi awal bermula pukul 2.00 - 3.30 petang
Sesi Akhir bermula pukul 3.45 - 5.00 petang selepas waktu asar
 Acara guru ialah  2 orang guru melilit seorang murid dengan menggunakan tisu.markah di ambil daripada kekemasan melilit dan teratur. Acara ini di menangi oleh cikgu Norlinah dengan pasangannya Cikgu Farihah


 Pemenang guru lelaki iaitu Cikgu Jalal dan Cikgu Hakimin


Monday, 18 August 2014

BERDIKIR DI ISTANA NURUL IMAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI

 Ahad 17hb Ogos 2014 Guru Lelaki Sekolah Ugama Lambak Kanan jln 49 menghadiri berdikir di Istana Nurul Iman Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli. Bermula Jam 7 malam menunggu tempat letak kereta tumasek hingga acara selesai.



SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014

 Sabtu, 16 Ogos 2014 telah di adakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri  Bagi semua warga Guru-guru dan Murid-murid sekelian..Bertempat Dewan Sulkj49, Bermula jam 2 ptg. Acara diisikan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, Persembahan daripada murid-murid dan Penyampaian hadiah bagi Pemenang Pakaian Tercantik dan Terbaik bagi Murid Lelaki dan Perempuan dan acara kemuncak ialah Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bagi  guru-guru dan murid-murid sekalian.
 Murid-murid yang hadir memakai pakaian hari raya yang baru nampak indah.
 Murid-murid di alu-alukan membawa makanan dan minuman hari raya bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.
 Ini lah dia pemenang pakaian tercantik dan terbaik Mohd Khairul Hanif Bin Awg Osmera
 Manakala ini adalah pemenang bagi perempuan
 Murid berbaris untuk bersalam-salaman dengan guru-guru serta melontarkan senyuman yang manis.
 Sebahagian Kueh Mueh Hari Raya



Friday, 18 July 2014

KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM

 17HB JULAI 2014 Khamis, Seperti yang dirancang di tahun tahun lepas Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Diselajurkan Penyampaian Derma Anak Anak Yatim setiap tahun. Bertujuan untuk membantu dan memeringankan lagi kesusahan anak- anak yatim supaya mereka dapat hidup seperti orang biasa demi mencapai keredhaan Allah Taala.
 Majlis tersebut bermula pukul 1 petang hingga selesai setelah selesai mengarjakan Solat Zohor berjemaah di Surau SULKJ49..Turut hadir ke Majlis tersebut Guru Besar,Guru guru dan Murid - murid serta Ibubapa / Penjaga kepada Anak yatim.

 Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Al-fatihah oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Mus diikuti dengan bacaan Surah dari AD-Dhuha hingga An-Nas serta Bacaan Tahtim beramai-ramai.Manakala Bacaan Doa Khatam Al-Quran dibacakan Oleh Cikgu Hj Fadillah Bin Mus.
 Selepas acara Khatam Al-Quran selesai acara Penyamapaian Derma Anak Yatim dilangsungkan. Seramai 6 orang anak yatim yang diraikan pada petang tersebut Iaitu 4 Lelaki dan 2 Perempuan. Masing-masing mendapat Sebiji Hampers berupa makanan dan Wang Ringgit. Penyampaian Derma itu disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Lambak Kanan Jln 49 iaitu Cikgu Dtg Norlinah Bte Hj Abd Lamin..Majlis itu diserikan dengan pembahagian bunga telur..

“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa…”. (Q.S. Al An’aam, 6:152)

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”. (Q.S. An Nisaa’, 4:10)
Rosululloh saw. bersabda, “Aku dan penjaga anak yatim akan berada di dalam Jannah yang berdekatan seperti dekatnya jari tengah dan jari telunjuk.”
Rosululloh saw. mengisyaratkan bahwa jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk, maksudnya adalah karena kenabian, kedudukan beliau saw. lebih tinggi dari orang lain, tetapi ‘penjaga’ anak yatim dan penjaga harta mereka akan berada berdekatan dengan beliau saw.

Rosululloh saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadits ini Rosululloh saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.